Festival Konvokesyen (CONVEST17) 2017

KUALA LUMPUR, 21 November 2017: Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) telah berjaya menganjurkan Malam Kemanusiaan, pada majlis penutup Festival Konvokesyen (CONVEST17) 2017 Gombak. Lebih 900 orang pelajar dan pelarian pelbagai bangsa menghadiri majlis itu. Berbeza dari edisi CONVEST sebelum ini, malam amal ini telah mendapat sokongan menggalakkan daripada Yayasan NAMA, Yayasan Geutanyoë dan HUMANiTi Malaysia bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap isu penindasan ke atas etnik Rohingya.

Aizat Amdan, Heliza Helmi, Mizznina, Irfan Haris dan Hael Husaini, antara selebriti yang telah bersama-sama menyerikan Malam Kemanusiaan, pada majlis penutup Festival Konvokesyen (CONVEST17) 2017 di kampus Utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sepanjang CONVEST17 berlangsung sejak 9 November lalu, tabung kutipan amal diedarkan di setiap program bagi mengumpul sumbangan orang ramai untuk etnik Rohingya di Malaysia. “Tumpuan diberikan lebih kepada memupuk semangat setiakawan antara rakyat tempatan, pelajar-pelajar dan juga pelarian yang tinggal di Malaysia. Yang hadir pada malam mini bukan sahaja Rohingya, malah pelarian Syria dan lain-lain” kata En Ahmad Tarmizi Mukhtar Pengarah Yayasan Geutanyoe Malaysia dan juga merangkap Setiausaha Agung HUMANiTi Malaysia.

Penolong Pengurus Eksekutif CONVEST 17, Nurul Nabihah, berkata kesemua kutipan dana melalui tabung amal dan penjualan tiket malam amal kemanusiaan itu akan salurkan kepada sekolah Rohingya terpilih di negara ini.

“Yayasan Geutanyoe Malaysia-HUMANiTi Malaysia dan Yayasan Utusan baru-baru ini telah berjaya melaksanakann satu misi kemanusiaan di Cox’s Bazar Bangladesh bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis” kata Cik Lilliane Fan, Pengarah Antarabangsa Geutanyoe.

Mereka yang berminat untuk menyertai program kemanusiaan membantu pelarian anjuran Yayasan Geutanyoe Malaysia boleh menghubungi This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau Hasson di talian +6011 26170342 dan Omar +6011 1160 4417.

STAY CONNECTED
twitter
© 2016 YAYASAN GEUTANYOË
We are dedicated to cultivating and upholding values of humanity, dignity, peace and sustainability in Aceh and Southeast Asia.

Menu